VIRALFoto anak kecil bersama patung kesayangan berlatarkan rumah hangus, menyentuh jiwa ramai

Dalam kegembiraan umat Islam menyambut puasa, masih ada yang sedang meratap sedih apabila mendapat ujian yang hadir tanpa diduga.

Begitulah yang dapat dilihat di dalam beberapa potret seorang kanak-kanak perempuan bersama anak patung kesayangan, berlatar belakangkan rumahnya yang musnah dijilat api

Kebakaran pada satu Ramadan

Menyambut puasa penuh duka, kediaman yang selama ini menjadi tempat berteduh kini lenyap dalam sekelip mata, difahamkan kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan.

Pemilik rumah tersebut, Fitrin Ruslee, berkata rumah yang hangus terbakar itu adalah milik jirannya, kebakaran berlaku selepas waktu Maghrib dan mengambil masa 20 minit sehingga api dapat diredakan.

Tiada kehilangan jiwa…

Menurutnya, tiada kehilangan jiwa berlaku dan mujur rumahnya berada di bersebalahan,  sempat diselamatkan sebelum api mula merebak.

Kanak-kanak yang berada di dalam foto tersebut adalah anak bongsunya, Noreen Aqilah berusia 4 tahun yang berjaya membuatkan ramai meruntun jiwa dengan wajah polosnya di sebalik rangka rumah yang hangus.

Inilah adalah antara potret yang sempat dirakam Fitrin ketika dan selepas api memusnahkan kediaman tersebut…

Adik yakin Allah akan ganti yg lebih baik dari sebelum ni…

Sumber : Fitrin Ruslee

Artikel Berkaitan

Anak OKU ‘teman’ mayat bapa hampir seminggu

KANAK-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) percakapan ditemui lemah di sebuah rumah bersama mayat bapanya di Taman Sri Wang, Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu 6 petang.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kita dapati pintu pagar hadapan rumah mangsa dalam keadaan berkunci.

“Selepas pintu pagar dibuka dan kita masuk ke rumah itu, kita menemui mayat dalam keadaan terlentang di ruang tamu dipercayai mati dalam tempoh lima hingga enam hari lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan turut menemui kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di salah sebuah bilik tidak berkunci.

Adzli berkata, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya dipercayai kerana tidak makan tujuh hari.

Beliau berkata, difahamkan, lelaki berusia 48 tahun itu hanya tinggal bersama anaknya itu sejak tujuh tahun lalu selepas isterinya yang juga warga Vietnam kembali ke negara asal.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

“Kanak-kanak itu sudah diserahkan kepada guru sekolah bagi tujuan rawatan dan penjagaan.

“Mayat bapanya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber : Harian Metro