Ramai ‘backup’ lelaki tampar perempuan tak bagi signal, rupanya ada 5 rekod jenayah

Kes naik tangan dengan perempuan memang satu isu sensitif dalam masyarakat kita, mana tidaknya wanita dikenali sebagai kaum yang lemah.

Selalunya isu lelaki pukul perempuan ini biasa di dengar dalam kalangan pasangan yang berkahwin, namun semalam telah tular di media sosial tindakan seorang lelaki melempang dan menumbuk seorang pemandu wanita gara-gara gagal memberi signal.

Tindakan lelaki itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana tergamak mengasari seorang perempuan di tempat awam, ramai yang menyifatkan lelaki itu sebagai samseng jalanan.

“Terima kasih bang tolong lempang orang tak bagi signal…”

Namun berdasarkan daripada komen oleh rata-rata netizen, dalam pada ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan lekaki itu, hakikat ramai juga yang sebenarnya menyokong.

Dapat dilihat ada beberapa komen yang mengatakan bahawa wanita tersebut memang sepatutnya dibuat demikian rupa, kerana kecuaiannya ketika memandu boleh mengakibatkan nyawa terkorban.

Tahnia brader baju biru…

Kalau tak lempang tak ingat…

Gara2 orang tak bagi signal, nyawa boleh melayang tau

Terima kasih bro, anda telah memberi rakyat Malaysia trauma

Apa la sangat dayus dengan nyawa?

Bagus bang, lepas ni biar ingat masuk simpang bagi signal…

Pemandu wanita yang bermasalah?

Malah ada juga yang mengatakan bahawa, apa yang berlaku kepada wanita terbabit patut dijadikan pengajaran, khususnya pemandu wanita yang dilabel sebagai pemandu yang cuai.

Sedang diburu polis, 5 rekod jenayah lampau

Susulan daripada kejadian itu, lelaki tersebut kini dalam buruan polis bagi membantu siasatan di atas tindakannya mengasari wanita, difahamkan suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan khianat.

Sumber : Harian Metro