“Huh Tegak Bulu Roma Dengar”, Trending No 1 Duet Alif Satar- Raihan Buat Ramai Berdiri Bulu Roma

Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu nasyid Raihan, pastinya akan mengimbau lirik dan melodinya.

Namun kali ini, kumpulan yang dianggotai Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim telah memberi nafas baru menerusi lagu Sesuhngguhnya 2019 gandingan bersama Alif Satar.

Video berdurasi lima minit itu membariskan Alif bersama kumpulan Raihan menghayati lirik lagu tersebut.

Lalu, ia telah mendapat reaksi positif dari netizen.

Sehingga kini, muzik video yang dimuat naik 24 jam lalu telah mencatat trending nombor satu dan hampir mencecah satu juta tontonan.

Terdahulu, lagu Sesungguhnya pernah popular pada tahun 2007 yang pastinya memberi kesan mendalam dengan setiap bait-bait lagu hasil ciptaan sepenuhnya,Nazrie Johanie.

Video : Youtube