Gempar! Tanah kubur dibakar, masjid dibaling batu di Melaka

Beberapa buah kubur di Tanah Perkuburan Islam As Syakirin Pasir Putih, Bachang dibakar dan dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab malam tadi.

Berita menggemparkan penduduk sekitar itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dengan memuat naik beberapa gambar dan video ketika kejadian berlaku.

“Allahuakhbar! Ni kalau aku dapat si pelaku ni memang tak cukup makan aku kerjakan,” tulis Zii Thong.

Namun bukan sahaja tanah pekuburan ‘dikerjakan’ oleh mereka, malah sebuah masjid juga menjadi sasaran dibaling batu sehingga pecah tingkap.

“Perbuatan khianat berlaku di Bachang. Masjid dibaling batu menyebabkan tingkap pecah.

“Semoga pelaku ditangkap dengan segera. Biadab! Tulis posting di Facebook Melaka Kini.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan perbuatan tidak bermoral itu dan berharap agar pelaku mendapat balasan setimpal.

Tunggu balasan Allah!

Semoga pelaku diberi Hidayah!

Apa masalah si pelaku?

Bukan salah kaum, tapi masalah individu!

Melampau sampai kubur nak kacau!

Mungkin kes menuntut ‘ilmu’ ni?

Mati pun dah tak selamat…

Sumber : Zii Thong , Melaka Kini