Bella Astillah Buat Keputusan Untuk Hidup Bersama Anak Tanpa Alif

Ekoran daripada foto dan video yang tular di laman sosial hari ini, isteri kepada Aliff Aziz kini tampil memberikan kenyataan dilaman Instagramnya.

Menurut Bella, beliau menghargai ramai yang cuba menghubunginya, namun meminta agar diberikan ruang kepadanya buat sementara waktu.

Tambah Bella lagi, buat masa ini beliau akan meneruskan hidup bersama anaknya tanpa Alif

“Aliff Ni Yang Terhegeh…” – Rakan Gadis TikTok Akhirnya Dedah Cerita Sebenar?

Sejak kebelakangan ini, isu yang melanda penyanyi Aliff Aziz semakin hangat menjadi perbualan ramai. Selain dikatakan mengulangi isu yang sama buat kali ke-3, Aliff juga dikecam ramai kerana perkara ini berlaku di kala umat IsIam sedang menyambut bulan Ramadhan. Terbaru, ada satu pendedahan yang dibuat oleh salah seorang rakan baik gadis berusia 17 tahun tersebut. Dalam screenshot perbualan itu, dia menyatakan bahawa kejadian ini berpunca atas kemahuan Aliff sendiri.

Sebenarnya Aliff yang terhegeh nak…dia tak reti balik

Dalam paparan itu, rakannya turut menegaskan bahawa gadis yang bersamanya dalam foto itu tidak bersalah kerana dia cuma berniat menolong pelakon ‘Halalkan Hati Yang Ku Curi’ ini. Tambahnya lagi, isu ini sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu atas sebab dengki.

Dalam pada itu, gadis tersebut pula telah berkongsi satu luahan tentang isu yang melanda dirinya kepada seorang teman, yang mana turut dinyatakan bahawa mereka tidak duduk berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.

Akak tahu cerita semuanya…bukannya adik berdua

Diharapkan satu penjelasan rasmi dibuat oleh setiap yang terlibat bagi memberi penjelasan kukuh, selain menyelesaikan isu ini.