Bagaikan Gelap Dunia,Tak sempat Beraya Bersama. Bapa Kongsi Anak Detik Anak Mati Mengejut

Bagaikan dirobek jiwa melihat sekujur tubuh kecil yang merupakan darah daging sendiri dibaluti kain kafan, mungkin tidak pernah terdetik dalam hati setiap ibu bapa akan begitu kejapnya pinjaman anak itu kepada mereka.

Hakikatnya, inilah yang harus ditempuhi seorang bapa bernama ,Bustaman Rusli, apabila kehilangan anak perempuannya yang sepatutnya 27 Mei ini menyambut ulang tahun yang pertama.

Sangat menyentuh hati, perkongsian bapa ini di Facebook, nyata diselangi dengan seribu satu rasa yang dimana hanya Allah sahaja mengetahui betapa perit menanggung kehilangan anak tercinta.

Pinjaman Allah hanya setahun…

Bagaikan mimpi, itulah yang dirasai oleh Bustaman dan isterinya, kehilangan anak perempuan yang diberi nama Haisya Rania bagaikan menghapus seri di dalam hidup mereka.

Rania tiada sejarah kesihatan yang buruk…

Menurut Bustaman, anaknya adalah bayi yang senang dijaga dan sejak dilahirkan dia tidak mengalami sebarang penyakit dan tidak pernah dimasukkan ke hospital.

Namun, tarikh 2.5.2019 menjadi satu detik permulaan mereka bakal kehilangan puteri kesayangan, apabila Rania tiba-tiba mengalami demam dan kemerahan pada tonsilnya sehingga terpaksa mengambil ujian darah.

Processed with VSCO with a5 preset

Habiskan sisa2 waktu bersama…

Doktor berkata, Rania dijangkiti kuman dalam darah dan masih terkawal tetapi perlu diberikan antibiotik. Namun pada malam sebelum Rania meninggal, arwah banyak merengek dan tidak boleh melelapkan mata.

Keesokannya Rania dikejarkan ke red zone dan disahkan kritikal, para doktor sedaya upaya menyelamatkan nyawa bayi kecil itu sebelum arwah disahkan meninggal tepat 10.30 pagi pada 8 Mei lalu.

“Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr. Tepat jam 10.30 pagi pada 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya…”

Sudah ketentuan Allah, hari demi hari, pasangan ini cuba untuk redha dengan pemergian anak tercinta, kerana yakin bahawa ajal dan maut adalah ketentuan Allah, membezakan hanyalah lambat atau cepat.

Sumber : Bustaman Rusli